Wednesday, January 13, 2010

Langsir antik ...ader ker?

Percaya tak langsir 'lace' kat bawah ini telah berusia 28 tahun. Boleh ke dipanggil antik...hentam sajelah. Actually langsir tu adalah hiasan kelambu bilik pengantin masa aku kawin dulu (1982). Tapi telah dipelbagaikan menjadi langsir dirumahku kini. Adik iparku Pak Man (ala-ala pak abu gitu) sangat teruja dengan fabric langsir ni..cantik sangat katanya. Sajelah aku abadikan disini ...sebab dah jadi antikkan. Selagi tidak reput aku akan menggunakannya.

Scalop malop biru yang gah bersanding dengan 'lace' antik tu adalah hasil tangan adik iparku Puan Fadzillah Abbas dari Dylla's Collection. Nak promo sikit - Dia memang pakar dalam semua jenis design langsir, cadar, sarong kusyen, sarong kerusi dan sedia ambil tempahan. Hasilnya gerenti puas hati dan harga upah memang berpatutan. Dia juga ambil tempahan bunga telur 'dip', accesseries kristal dan juga tempahan biskut untuk hari raya (biskut rayanya memang sedap).





Tea-set yang sangat cute

Ini plak 'tea-set' yang sangat 'cute'. Kemungkinan ia telah digunakan untuk perhiasan sahaja. Tapi sayang salah satu cawan telah patah tangkainya semasa dalam simpanan.

Tengoklah perbezaan saiznya dengan cawan biasa yang digunakan.

Sangat comelkan!






Set tembikar dari Negara China








Cawan dibawah ini cuma ada sepasang dalam simpanan. Dibelakang cawan tertulis 'made in england'.



Tau tak apakah ini? Ini adalah botol susu yang telah digunakan pada awal tahun 50an. Puting susu akan dipasangkan dikedua-dua muncung botol itu. Kalau nak tahu cara penggunaan sebenarnya kenalah tanya orang dulu2...mak atau nenek kita. Kalau dari segi logiknya kemungkinan susu dibancuh dalam bekas lain pastu barulah dimasukkan dalam botol itu. Botol ini diperbuat dari kaca.



Nota: dipermukaan botol susu ini tertulis
perkataan 'Hygienic Feeder' Made in England.

Cetusan idea

Aku pernah singgah blog yang mempamerkan koleksi barangan antik dan ini telah memberikan idea kepada aku untuk mengabadikan koleksi barangan antik yang dalam simpananku. Bukan banyak pun tapi sajalah untuk tatapan diri sendiri. Sekurang-kurang dapat mententeramkan jiwa apabila melihat gambar-gambar ini. Jom kita cuci mata......